Pages

Friday 1 April 2011

Makeover : Ruang Makan / Dining Area


Sebelum
Dinding kelihatan kosong walaupun telah dicat dengan warna yang terang



Selepas



Pemilihan wallpaper berwarna terang dengan corak penuh mengubah suasana
ruang makan menjadi ceria dan alive

Makeover menggunakan wallpaper jenis : Moods
Mempunyai empat pilihan warna bagi corak yang sama

Gambar-gambar kredit kepada Asyimi Style Network

Thursday 31 March 2011

Bagaimana menghasilkan ruang lebih mesra dan intim / personal

Warna dan skala corak memainkan peranan terhadap suasana bilik / ruang yang ingin kita wujudkan.

Kombinasi warna2 panas (warm colours) dengan corak-corak yang kecil dan penuh menghasilkan ruang yang selesa.

Pilihan warna sejuk (cool & peaceful colours) seperti biru, ungu dan hijau dalam tone yang lembut mewujudkan suasana yang menenangkan.

Warna yang gelap pada ruang yang kecil pula menghasilkan suasana dramatik. Ia boleh dihiaskan dengan bingkai bergambar atau barang2 dekorasi yang sesuai yang pastinya akan terserlah kerana berlatar belakangkan warna gelap.

Gambar kredit kepada Asyimi Style Network




Bagaimana menghasilkan ruang yang luas?

Warna yang lembut menampakkan ruang seakan-akan luas. 
Wallpaper berjalur atau bercorak memanjang menambah ketinggian kepada sesuatu ruang.
Warna pastel pula akan menampakkan dinding lebih lebar dengan itu ruang nampak lebih luas. 
Oleh itu, kombinasi corak jalur berwarna pastel meluaskan pandangan ke atas dan tepi.
Wallpaper berjalur jika dipasang secara melintang pula menghasilkan ilusi ruang tambahan.




Gambar kredit kepada Asyimi Style Network





Bagaimana Memilih Wallpaper?

Bagi mengasilkan efek yang berkesan, sebaiknya mulakan dekorasi ruang atau pemilihan skim warna ruang dengan wallpaper. Ini adalah kerana ia akan memberikan efek paling utama kepada ruang tersebut. Wallpaper boleh menghasilkan suasana mewah, moden, santai dan juga menambah dimensi, keluasan jika langkah-langkah tersebut diambil:-
  • Kenal pasti ruang dan efek yang diinginkan
  • Cari corak / warna yang boleh memberikan impak seperti yang diinginkan
  • Wallpaper tidak perlu memenuhi seluruh ruang/ bilik untuk memberi impak
  • Untuk melihat wallpaper sesuai atau tidak dengan ruang , letakkan sanple wallpaper pada dinding yang diinginkan
  • Dengan meletakkan sample didinding anda dapat melihat efek dan kesesuaian wallpaper tersebut, bagaimana ia padan (atau tidak) dengan ruang sekeliling. Seterusnya ini akan memudahkan adna untuk membuat pilihan corak/warna ynag tepat
  • Jangan takut untuk bermain dengan corak/ warna. Ingat! Wallpaper adalah untuk dilihat/ dihargai (appreciate)..bukan sekadar menyaluti dinding.
  • Rujuk kepada perunding wallpaper anda untuk sebarang idea / pertanyaan. Mereka selalunya lebih berpengalaman dan dipercayai untuk membantu anda membuat keputusan. Dan juga..rundingan adalah percuma :)




Kenapa Memilih Wallpaper?

  • Wallpaper adalah cara paling efektif untuk menaikkan seri (enhance) atau mengubah personaliti sesuatu ruang atau bilik
  • Wallpaper menghasilkan mood dan suasana berbeza dengan hanya bermain dengan corak dan warna.
  • Wallpaper memberikan kemasan yang professional
  • Wallpaper senang dijaga, tahan lasak, tidak lapuk atau pudar.

    Gambar kredit kepada Asyimi Style Network

      Welcome & Selamat Datang!

      Blog ini diwujudkan bagi memberi inspirasi dan idea bagaimana ruang bilik anda dapat ditambah seri (enhance) atau diubah dengan menggunakan kertas hiasan dinding (wallpaper). Sesetengah sumber inspirasi diblog ini adalah hasil pemasangan yang telah dijalankan dan ada juga daripadanya adalah dari sumber luar (international).

       Kami juga dari semasa ke semasa akan menyediakan maklumat/ informasi / panduan yang berkaitan untuk anda lebih mengenali kertas hiasan dinding.

      Singgah selalu untuk maklumat terkini dari Inspirasi Amin...
      Terima Kasih!